Khamis, 17 Disember 2009

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH AYAT- AYAT AL QURAN ALKARIM

1) BISMILLAH (Dengan nama Allah) 

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan
syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam
hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan
kepada pembaca.

2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara
sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di
perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh
musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang
fardhu,nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan
syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur
nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi,
nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya
kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsia pa
berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan
mendatangkan para malaikat menurut bilangan
hurufnya,seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya
Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh,
dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada
malam itu,ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut
rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid
yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:Barangsi apa
membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya
1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi,
yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini
(Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah
ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala
penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah
ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para
penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,
sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut,
insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu
dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga
ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan
bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan
terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64
dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan
terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas
tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada
Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang
siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini,
nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian
manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari
kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.Barang siapa
membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas
Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam
kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan
dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman
jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan
manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa
membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali
selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan
diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat
64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan
dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari
surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan
terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28
dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan
sembuh..

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah
ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari
perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah
ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya
gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat,
dari gugurnya.

(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan
hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari
surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya
dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang
setempat dengannya.

(20) SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan
dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(21) SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat.

(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan
tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari
selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas
dan akalnya akan sempurna.

(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya
dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah
s.w.t .

(24) SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya
dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca
ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan
terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat
dari kecurian dan serangan musuh.

(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35
dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai..

(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air
yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,
nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak
7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit
oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.

(29) SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah
akan kekal kepadanya.

(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah
ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna
dan budi pekertinya akan halus.

(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.

(32) SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(33) SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit
perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini,
nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah
ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia
akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan
jasmani.

(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah
ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan
sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66
dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

(36) SURAH SABA' ( Saba ')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala
bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah
Akan memberkati perniagaannya.

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu
mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin."
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun
segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang
menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu
hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :"Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh
tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41
kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali
pada malam Jumaat,Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu
bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan
oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka
kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam,
andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati
syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari
siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika
ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta
naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat
dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar
didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah
setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan
terpelihara daripada gangguan jin.

(40) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati
Dipos oleh shamsham

Hikmah Ayat Al-Kursi

 Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanamkan keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli perumahan disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dengan itu mulakan hidup ini dengan perbanyakan membaca Ayat Kursi.


Dipos oleh shamsham

Hadiah Pada Malam Jumaat

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke 
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan
melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur
keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk
dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor
serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,
gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat
membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan.
Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam
itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke
dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah
si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat
apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan
masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy
yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah !
Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh
malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?"
tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-
orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri dari pahala sedekah,bacaan,ayat-ayat suci Al Quran dan
doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada
hari Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya
dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia
bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa
untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia
sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang
tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan
berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus
pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana
kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas
menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib
anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :
"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan
hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah
tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan
menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan
anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cubauntuk
melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk
kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu
dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya
untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang
diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia
terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari
kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang
diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang
cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :

"Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari
jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata
"Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya
dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari
Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
Besar."
(Surah Al-Ahzab:71)"

Adakah solat kita diterima???!

Solat yang tidak diterima oleh Allah SWT. 

Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya" (Tabyinul Mahaarim)

Rasullulah SAW bersabda: 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:

Orang yang solat secara bersendirian tanpa membawa sesuatu.
Orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmumnya membencinya.
Orang yang melarikan diri.
Orang yang meminum arak tanpa mahu meninggalkanya (Taubat)
Suami yang sedang marahkan isterinya.
Perempuan yang solat tanpa memakai tudung.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
Orang yang memakan riba.
Solat seseorang yang tidak dapat menahan-nya daripada melakukan mungkar.

Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah"

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula kearah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


Dipos oleh balkistisha

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini
aku gemar bermaksiat. Tolong berikan
aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima
syarat dan mampu melaksanakannya, maka
boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki
itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau
mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki
itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal
di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar
segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia
kemudian menanyakan syarat yang
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu
masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat
oleh-Nya!" Lelaki itu kembali
terperanjat dan berkata, "Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana
mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai
Ibrahim, mana mungkin malaikat maut
akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari
kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya
bercucuran. "Mulai saat ini akut
bertaubat kepada Allah." katanya
sambil terisak-isak.


.::berilah harapan..taburkanlah budi..semaikan kasih..setulus budi..seikhlas hati..semurni nurani..buat semua..insan di dunia::.


Dipos oleh juggernaut_kb

22 tanda kiamat

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Mari kita doakan kepada semua mangsa tsunami yang beragama islam yang terkorban, moga roh mereka semua dicucuri rahmat hendakNYA. jadikan bencana ini sebagai iktibar dalam menegakkan keimanan diri kita.

Amin.


Dipos oleh roy

2 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Dipos oleh juggernaut_kb

Jenis jenis orang yang menuntut Ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya " Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka. Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."

Salaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.

Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.

Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.

1-Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.

2-Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.

3-Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.

4-Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.Agar orang kata dia intelek.Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.

5-Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.Agar dia tidak di pandang hina.Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.

6-Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.

7-Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah.Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa.

Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke 7 ya itu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang di nyatakan dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan tadi.Wal'iyazubillah!

Kenapa ALLAH Memberi Kesakitan Dan Penderitaan

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILABARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK ERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, '' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Apa Ertinya Kita Menganut Islam?

Ingatlah firman Allah yang berbunyi:

"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah Al-Hajj: ayat 78)

Saya Mestilah Muslim di Sudut Aqidah:

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim saya mestilah:

1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua ini dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah ini memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit daripada kejadian alam ini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang lain.

Kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha Berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain daripada Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan."
(Surah Al-Anbiyaa': ayat 22)

2. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui seseorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
(Surah Al-Mukminun: ayat 115-116)

3. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab Allah untuk mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Beliau telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi.

Dalam hubungan ini Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) `Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut itu'. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya." (Surah An-Nahl: ayat 36)


oleh adelaideninase pada 06/05/2009

Sabtu, 18 Julai 2009

15 Perkara Yang Menurunkan Bala'

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullullah S.A.W
bersaabda;
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala'pasti akan turun kepada mereka, yaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orangtertentu. (Kronisma).
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
[5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.]
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orangyang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasipertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti anginmerah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubahmenjadi makhluk lain."

kewujudan Tuhan yg diterangkan oleh Pakar Fizik termasyhur: Albert Einstein

The University professor challenged his students with this question. "Did God create everything that exists?" A student bravely replied, "Yes he did!" "God created everything?" The professor asked. "Yes sir", the student replied. The professor answered, "If God created everything, then God created evil, since evil exists, and according to the principal that our works define who we are, then God is evil." The student became quiet before such an answer. The professor, quite pleased with himself, boasted to the students that he had proven once more that the Christian faith was a myth. Another student raised his hand and said, "Can I ask you a question professor?" "Of course", replied the professor. The student stood up and asked, "Professor does cold exist?" "What kind of question is this? Of course it exists. Have you never been cold?" The students snickered at the young man's question. The young man replied, "In fact sir, cold does not exist. According to the laws of physics, what we consider cold is in reality the absence of heat. Every body or object is susceptible to study when it has or transmits energy, and heat is what makes a body or matter have or transmit energy. Absolute zero (-460? F) is the total absence of heat; all matter becomes inert and incapable of reaction at that temperature. Cold does not exist. We have created this word to describe how we feel if we have no heat." The student continued, "Professor, does darkness exist?" The professor responded, "Of course it does." The student replied, "Once again you are wrong sir, darkness does not exist either. Darkness is in reality the absence of light. Light we can study, but not darkness. In fact we can use Newton's prism to break white light into many colors and study the various wavelengths of each color. You cannot measure darkness. A simple ray of light can break into a world of darkness and illuminate it. How can you know how dark a certain space is? You measure the amount of light present. Isn't this correct? Darkness is a term used by man to describe what happens when there is no light present." Finally the young man asked the professor, "Sir, does evil exist?" Now uncertain, the professor responded, "Of course as I have already said. We see it everyday. It is in the daily example of man's inhumanity to man. It is in the multitude of crime and violence everywhere in the world. These manifestations are nothing else but evil. To this the student replied, "Evil dies not exist sir, or at least is does not exist unto itself. Evil is simply the absence of God. It is just like darkness and cold, a word that man has created to describe the absence of God. God did not create evil. Evil is the result of what happens when man does not have God's love present in his heart. It's like the cold that comes when there is no heat or the darkness that comes when there is no Light." The professor sat down. The young man's name -- Albert Einstein

NAMA SYAITAN DALAM FATIHAH

Oleh : http://www.psas.edu.my

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:
1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI. .... sehingga habis, hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN. hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Rabu, 18 Februari 2009

Depresi Menonton TV


Inilah peringatan terbaru akan bahaya ‘kotak cahaya’ bernama television. Jika orang tua mengkhuatirkan perkembangan anak mereka nanti setelah dewasa, kajian terakhir dari Archives of General Psychiatry menunjukkan hubungan antara depresi di masa dewasa dengan banyaknya waktu yang dihabiskan di depan television semasa remaja, terutama di kalangan anak laki-laki.

Tahun 1995 yang lalu, para peneliti mewawancarai lebih dari 4 ribu anak-anak yang sehat dan menanyakan kebiasaan menonton televisi mereka. Rata-rata mereka menghabiskan sekitar 2,3 jam per hari untuk hal itu. Tujuh tahun kemudian, anak-anak yang telah menjadi dewasa ini diteliti kembali. Hasilnya, 308 diantara mereka dapat dikategorikan menderita depresi. Dan mereka ini rata-rata menonton television 22 minit lebih lama dari yang tidak mengalami depresi.

Para peneliti tersebut juga melihat bahwa untuk setiap jam yang dihabiskan untuk menonton television, terjadi peningkatan risiko menderita depresi sebesar 8%.
Mereka menduga bahawa waktu yang dipakai untuk menonton television menggantikan waktu-waktu yang digunakan untuk bersosialisasi, bermain-main, atau waktu tidur yang juga bermanfaat dalam mengembangkan aspek emosi dan pembelajaran. Mereka juga melihat bahawa isi dari program television dengan iklannya, akan menjadikan anak-anak merasa mundur, tak bererti, khuatir atau ketakutan. Semua itu akan mengarah kepada depresi.

Jadi, mesti berhati-hati dengan television…
Laporan dari jurnal di atas menyebutkan hasil reset atas lebih dari 4000 anak-anak yang sihat.

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Jumaat, 13 Februari 2009

Cukup Sudahkah Amalan Kita

1hari=24jam, Satu TAHUN?=12 Bulan = 52 Minggu 365 Hari = 8760 Jam 525600 Minit = 31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)<> 70th60th - 70th(65th)ChartKebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)Puratanya manusia meninggal ± 65 th "Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"Laki-laki Baligh ± 15 tahunWanita Baligh ± 12 tahunUsia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:50 tahun=18250 hari=458000 jam12 jam siang hari12 jam malam hari24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahunLogiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahunAktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jamDalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahunRehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun.
Lalu Bila Nak Beribadah???Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".Maut datang menjemput tak pernah bersahut,Malaikat datang menuntut untuk merenggut,Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,Terimalah habuanmu seadanya..Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya." Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"
Lalu Bila Nak Beribadah???Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jamDalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahunKesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering menggurisorangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yangselalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... . .........Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!Ingatlah negeri kita...Akhirat

Nabi Ibrahim Bukan Yahudi

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
http://www.utusan.com.my/utusan/

SEBAGAI kaum yang licik, Yahudi gemar mengelirukan sejarah supaya segala kebenaran kononnya memihak kepada mereka. Mereka turut menjadikan sirah para nabi sebagai mangsa penipuan dan memutarbelitkan fakta. Sebagaimana pelbagai tanggapan yang mereka lemparkan terhadap Nabi Muhammad SAW, sejarah Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu mereka kelirukan.

Ini apabila sejarah Nabi Ibrahim yang mendapat julukan Khalil Ullah (Sahabat Allah) itu dianggap penting sebagai titik mula bagaimana mereka kononnya menjadi bangsa atau entiti terpilih oleh Allah. Dikenali sebagai Patriakh Abraham yang merupakan migran Nabi Ibrahim ke tanah air Yahudi, iaitu Canaan (atau Kanaan yang dipercayai dikenali sebagai Palestin kini) dari Ur Chaldea (Harran dipercayai terletak di Turki).

Dalam kitab Perjanjian Lama (Taurat dan Injil) kononnya diceritakan mengenai Nabi Ibrahim telah diangkat oleh Yahudi sebagai nabi mereka, telah diminta oleh Allah untuk meninggalkan tempat asal baginda (Mesopotamia Lama) menuju ke suatu tempat yang tidak pasti bagi memulakan masyarakat baru di sana.

Ketika dalam perjalanan mereka menuju ke Tanah Terpilih (Chosen Land) itu, Abram (sebelum dikenali sebagai Abraham) bersama isterinya, Siti Sarah singgah dan tinggal sementara di Harran sehinggalah mereka akhirnya tiba di Kanaan. Ini sebagaimana yang telah diwahyukan oleh Tuhan bahawa Kanaan menjadi pilihan dan anugerah buat Ibrahim yang dikatakan membawa agama Yahudi itu.

'Sejarah' ini dijadikan bukti oleh Yahudi bahawa mereka mempunyai hak terhadap bumi Palestin kerana pada asalnya nabi mereka, merupakan orang pertama yang menemui Palestin itu. Malah sanggup merampas daripada penduduk Islam Palestin dengan alasan sebagai bangsa yang terpilih, tuhan memilihkan bumi Palestin itu sebagai milik kepada Yahudi sahaja. Inilah yang cuba dilakukan oleh Yahudi itu sehingga kini.

Kekejaman selama 22 hari baru-baru ini dengan membunuh penduduk Palestin dan memusnahkan bumi Gaza adalah bukti usaha yang tidak pernah putus mereka dengan berdalilkan pada faktor 'sejarah' Nabi Ibrahim itu.

Sedangkan 'sejarah' itu ternyata antara rekaan yang paling jahat Yahudi kerana terbukti melalui ayat 67-68 dalam surah Ali 'Imran, Allah berfirman yang bermaksud: Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan yang musyrik. Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim adalah mereka yang mengikuti Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta orang-orang yang beriman kepada Muhammad dan Allah adalah pelindung semua mereka yang beriman.

Begitupun Nabi Ibrahim bin Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh a.s. benar-benar Sahabat Allah apabila banyak pengorbanan dilakukan olehnya bagi menegakkan kebenaran dan menegakkan agama Allah.

Sedari Raja Namrud memerintahkan agar Ibrahim dibakar hidup-hidup dan kemuncaknya terpaksa meninggalkan Siti Hajar dan bayi mereka, Nabi Allah Ismail di sebuah lembah yang sangat tandus. Namun hikmah di sebaliknya, meninggalkan isteri dan anaknya itu dan penemuan telaga Zam Zam benar-benar membuka lembaran sejarah dengan bermulanya komuniti pertama di bumi Mekah itu.

Malah diceritakan air Zam Zam itu menyebabkan burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu. Sehingga menjadi perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Mekah. Menerusi pengalaman mereka, jika terdapat burung-burung yang berterbangan di udara bermakna unggas tersebut berlegar di kawasan yang terdapat sumber air.

Setelah diperiksa mereka begitu gembira kerana terdapatnya telaga Zam Zam dan kehadiran Siti Hajar serta Nabi Ismail itu sendiri. Mereka segera berpindah dan meminta kebenaran Siti Hajar untuk menetap bersama di lembah itu. Tentu sahaja permintaan itu diterima oleh Siti Hajar kerana beliau kini mempunyai jiran-jiran setelah sekian masa hanya tinggal berdua bersama puteranya itu.

Puak Jurhum menurut buku Sirah Nabawiyyah ini hanya disebut sebagai penduduk pribumi Mekah yang terdiri daripada pelbagai kabilah. Namun dalam peristiwa penemuan telaga Zam Zam ini, generasi Jurhum yang tinggal bersama Siti Hajar merupakan generasi yang ketiga berasal kabilah dari negeri Yaman. Mereka sebelum ini hidup berpindah randah di sekitar lembah-lembah Mekah.

Sejak itu, Lembah Mekah berubah wajah dengan mempunyai kelompok komuniti yang tidak sahaja memulakan kehidupan 'bandar' malah sampai ke pengetahuan Nabi Ibrahim yang ketika itu berada di Palestin. Baginda yang kehairanan dengan perkhabaran itu lalu memutuskan untuk melihat sendiri, lebih-lebih lagi mengenangkan nasib Siti Hajar dan putera mereka yang pernah ditinggalkan di Lembah itu.

Alangkah terkejut baginda melihatkan perbezaan ketara berbanding ketika meninggalkan Siti Hajar dahulu. Malah melihatkan Nabi Ismail yang dapat membesar dengan baik menyebabkan Nabi Ibrahim menyedari Allah telah membayar nilai pengorbanan tinggi beliau setelah sanggup meninggalkan anak dan isterinya itu.

Setelah beberapa kali mengunjungi Siti Hajar dan Nabi Ismail pada suatu hari ketika si anak masih kanak-kanak atau sesetengah riwayat menyebut Ismail ketika itu sudah menginjak remaja, Nabi Ibrahim didatangi mimpi daripada Allah supaya baginda menyembelih satu-satunya anaknya itu. Walaupun mimpi itu bermakna satu perintah yang wajib dipatuhi namun sebagaimana manusia biasa yang lainnya, Nabi Ibrahim tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang teramat sangat dengan mimpi itu.

Dikorbankan

Kelahiran Nabi Ismail merupakan putera yang diharap-harapkan oleh Nabi Ibrahim sejak berpuluh tahun lamanya dan tiba-tiba kini perlu dikorbankan di tangannya sendiri.Namun Ibrahim perlu membuktikan bahawa cinta baginda kepada Allah perlu melebihi cinta terhadap anak, isteri, harta dan dunia ini. Sebagai nabi atau pesuruh Allah baginda perlu melakukan pengorbanan besar ini supaya dijadikan contoh teladan sebagai hamba-Nya yang taat.Namun menyembelih anak dengan tangannya sendiri, sesungguhnya teramat berat. Lalu baginda menyuarakan kepada Ismail mengenai mimpinya itu dan tanpa diduga anaknya itu seolah-olah seperti tahu apa yang sedang berperang dalam fikiran bapanya itu.Dipendekkan cerita, pedang yang tajam tiba-tiba bertukar tumpul ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih leher anaknya itu, malah Ismail bertindak menukar posisi badannya agar wajahnya tidak dilihat oleh ayahnya supaya beliau dapat disembelih kerana bimbang bapanya sebenarnya tidak sampai hati melakukan perintah dari Allah itu.Namun sekali lagi, Nabi Ibrahim berjaya melepasi satu lagi ujian dengan Allah menukarkan Nabi Ismail kepada seekor kambing kibas sebagai menebus pengorbanan yang cuba dilakukan oleh hamba-Nya yang taat dan patuh pada suruhan Allah itu.Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat Allah yang menegaskan bahawa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail akan sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Peristiwa ini kemudiannya menjadi sunah kepada setiap umat Islam supaya melakukan ibadat korban tiap kali melakukan ibadat Haji dan sambutan Hari Raya Aidiladha.Nabi Ismail kemudiannya membesar dan baginda turut mempelajari bahasa Arab dari kabilah Jurhum. Baginda kemudiannya dikahwinkan dengan seorang wanita daripada kabilah itu.Diceritakan dalam buku ini mengenai kisah Nabi Ibrahim mengunjungi anaknya itu berikutan selepas kemangkatan isterinya Siti Hajar. Ketika sampai, Ismail tiada di rumah lalu tanpa dikenali oleh isteri Ismail, Ibrahim bertanyakan kepada menantunya mengenai kehidupan mereka. Lalu si isteri mengadu bermacam-macam kesusahan dan kesempitan hidup mereka.Lalu ketika bertemu dengan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim berpesan supaya anaknya itu menukar ambang pintu rumahnya itu. Ismail yang mengerti maksud bapanya itu lalu menceraikan isterinya dan berkahwin lain dengan puteri Ketua Kabilah Jurhum, Mudah bin Amru.Pada ketika yang lain, Ibrahim yang datang semula lalu bertanya kepada menantu yang baru mengenai kehidupan mereka semasa ketiadaan Nabi Ismail. Lalu si menantu memuji Allah atas apa yang mereka miliki. Nabi Ibrahim begitu berpuas hati dan meminta Ismail supaya tidak perlu menukar ambang pintu rumahnya itu.Ismail tersenyum kerana mengerti dan hasil perkahwinan baginda dengan isteri keduanya itu, mereka dikurniakan anak lelaki seramai 12 orang. Iaitu nama-nama seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, Nabit atau Binalut, Qaydar, Adbail, Mibsham, Mishma, Duma, Misha, Hadah, Yatma, Yatur, Nafis dan Qaydum.

Ciri-Ciri Orang Munafik

Hadith :Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) ".Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Penurunan Al-Quran


Menurut Sheikh Manna’ Qattan dalam bukunya Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama ia diturunkan daripada luh mahfuz ke langit dunia secara sekali gus. Peringkat kedua pula diturunkan daripada langit dunia kepada Nabi s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur ini mengambil masa selama hampir 23 tahun. Ayat pertama diturunkan ialah ayat 1-5 daripada Surah al-‘Alaq yang diturunkan pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi di Gua Hira’. Ayat terakhir ialah ayat 281 surah al-Baqarah yang diturunkan sembilan malam sebelum kewafatan Rasulullah. Penurunan al-Quran sebenarnya telah memberikan sejuta rahmat kepada manusia. Imam ar-Razi dalam kitab tafsirnya menjelaskan, bahawa al-Quran itu adalah penawar kepada penyakit rohani dan jasmani.Namun yang menyedihkan, terdapat ramai yang masih tidak menghargai al-Quran dan masih terdapat mereka yang memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Kalaulah diberi pilihan antara wang ringgit dengan al-Quran, rasanya ramai yang memilih wang daripada al-Quran. Kalau pun ada yang mengatakan bahawa ia memilih al-Quran, mungkin ia ibarat menanam tebu di bibir mulut tetapi hakikatnya adalah yang sebaliknya.Sehubungan itu, kita wajar bermuhasabah adakah kita benar-benar menghayati kepentingan al-Quran dalam kehidupan kita atau sebaliknya?. Masyarakat Islam hari ini masih ketinggalan jauh daripada menghayati isi kandungan al-Quran dengan sebenar-benarnya.Justeru, kita dapati al-Quran hanya akan berkumandang apabila berlakunya kematian, atau ia hanya akan dialunkan pada pembukaan majlis-majlis tertentu sahaja. Selepas itu, al-Quran kembali ditinggalkan. Inilah fenomena yang sepatutnya diubati agar ia tidak berterusan. Setiap orang Islam mesti berusaha sedaya upaya untuk membaca, memahami, menghayati dan mempraktikkan keseluruhan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan. Setiap orang Islam mesti berusaha sedaya upaya untuk membaca, memahami, menghayati dan mempraktikkan keseluruhan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan. Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi dalam bukunya Mafatih li al-Ta’amul ma’a al-Quran menyenaraikan beberapa tujuan utama al-Quran itu diturunkan. Antaranya ialah:

1. Untuk mendapat hidayah daripada Allah.
2. Untuk mewujudkan peribadi muslim yang unggul dan seimbang.
3. Mewujudkan masyarakat Islam tulen
4. Sebagai senjata dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang berusaha untuk menghancurkan Islam.Untuk melihat bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran tersebut perlulah, ada pada diri kita beberapa ciri sebagai tanda dan ukuran. Ciri-ciri yang dimaksudkan itu ialah:

1. Hendaklah kita sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. Dengan membaca al-Quran ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Dengan membaca al-Quran itu juga, kita akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah, sebagaimana maksud sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
2. Al-Quran itu hendaklah dibaca dengan tartil iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid.
3. Hendaklah kita sentiasa meneliti, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran. (Muhammad: 24)

Kami Tak Akan Menyerah - Lagu untuk Gaza


Beberapa hari yang lalu, pasukan Israel menarik diri dari Jalur Gaza setelah 23 hari menghujaninya dengan bom dan peluru. Aksi serangan Israel yang merenggut lebih dari 1200 nyawa orang Palestin tersebut menuai kecaman dan kutukan dari berbagai belahan dunia. Tak hanya dari pihak kaum muslimin yang merasa saudaranya dizalimi, orang-orang barat pun menyatakan simpatinya.Salah satu non-muslim yang menyatakan simpatinya kepada perjuangan bangsa Palestin untuk memperoleh hak hidup dan tanahnya kembali adalah seorang pemuzik bernama Michael Heart. Melalui situsnya, ia menerbitkan sebuah lagu dan klip video tentang Gaza yang diambil secara gratis. Judul lagunya: We Will Not Go Down (A Song for Gaza). Selengkapnya mengenai sang penulis, lagu dan videonya, bagaimana diambil, serta teks liriknya mengunjungi situs rasmi Michael Heart.Berikut ini adalah terjemahan bebas lagu tersebut. Semoga bermanfaat bagi yang baru menikmati alunan lagunya tanpa mengerti apa isinya…


Kami tak akan menyerah (Lagu untuk Gaza)
Dikarang oleh Michael Heart

Kilatan cahaya putih yang menyilaukan
Menerangi langit Gaza malam ini
Orang-orang berlarian mencari perlindungan
Tanpa menyedari mereka hidup atau mati
Bersama tank dan pesawat mereka datang
Dengan jilatan api yang membinasakan
Dan tak ada yang tersisa
Dari debu dan asap hanya ada satu suara:

Kami tak akan menyerah
Dalam kelam, tanpa perlawanan
Engkau membakar masjid, rumah dan sekolah
Tetapi semangat kami tak akan mati
Kami tak akan menyerah
Di Gaza malam ini
Tak peduli wanita ataupun anak-anak
Dibunuh dan dibantai malam demi malam
Sementara mereka yang disebut pemuka negara
Berdebat atas siapa yang benar siapa salah
Ucapan mereka sekedar pemanis belaka
Sementara bagai hujan asam, bom berhamburan
Namun di tengah tangis, darah serta kesakitan
Dari balik debu berasap engkau mendengar suara:

Kami tak akan menyerah
Dalam kelam, tanpa perlawanan
Engkau membakar masjid, rumah dan sekolah
Tetapi semangat kami tak akan mati
Kami tak akan menyerah
Di Gaza malam ini

Mengambil Pengajaran Daripada Gerhana Matahari Cincin 26 Januari 2009

Tanggal 26 Januari 2009, ada peristiwa langka yang dapat disaksikan di wilayah Indonesia, iaitu gerhana matahari cincin. Tidak seperti gerhana matahari penuh, di mana matahari benar-benar terhalang oleh bulan secara keseluruhan, gerhana matahari cincin menyisakan sebagian sisi luar lingkar matahari tetap terlihat.Salah satu komunitas astronomi di indonesia, berdiskusi tentang kemungkinan menjadikan peristiwa gerhana ini sebagai salah satu cara menera atau menguji keakuratan metode penghitungan awal bulan hijriah. Sebagaimana kita ketahui, di indonesia sering terjadi perbezaan dalam mengawali dan mengakhiri puasa Ramadhan serta Idul Fitri. Salah satu penyebabnya adalah ada banyaknya jenis metode penentuan awal bulan hijriah. Ada yang memakai rukyat (melihat bulan sabit) ada yang hisab (perhitungan). Yang memakai hisab, ternyata juga berbagai macam acuan perhitungannya.Kerana itulah, ada yang mengusulkan bagaimana jika peristiwa gerhana ini dijadikan sebagai salah satu referensi untuk menguji keakuratan hasil perhitungan berbagai metode yang ada. Hal ini didasari dengan kenyataan bahawa pada saat gerhana matahari cincin ini, posisi bulan dan matahari bisa dilihat dengan jelas dan dapat diukur serta diamati. Dengan alat pengukuran baku, orang dapat mencocokkan hasil perhitungan dengan kenyataan posisi sebenarnya dua benda langit: matahari dan bulan.Dari hasil pencocokan ini, diusulkan agar metode penghitungan yang kurang akurat tidak dipakai lagi sebagai acuan dalam menentukan awal bulan qomariyah.Sebuah langkah yang ilmiah dan mendasar, menurut saya, untuk menyatukan kaum muslimin di indonesia dalam menjalankan ibadah-ibadahnya. Dan kerana Allah telah memberikan petunjuknya, bahawa sebenarnya matahari dan bulan diciptakan agar manusia dapat menghitung waktu dan penanggalan:

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.
[Al Qur'an, Yunus(10): 5]

Ketika Bulan Terbelah-Tafsir Surah Al Qomar (54) Ayat 1


Ada sebuah ayat di dalam al Qur'an yang menyatakan bahwa bulan [pernah/akan] terbelah ketika zaman telah mendekati kiamat. Sengaja kata pernah dan akan saya beri kurung kerana ada beberapa penafsiran tentang ayat ini. Selengkapnya erti ayat tersebut adalah sebagai berikut:

Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.Dalam catatan kaki dari terjemahan al Qur'an Departmen Agama RI, ditulis:
Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Memang ada hadith yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di masa Nabi ini. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'menentang' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan. Kesahihan riwayat hadits ini saya tidak terlalu ketahui.Sejak cukup lama, telah beredar melalui internet sebuah gambar permukaan bulan yang diklaim sebagai bukti pernah terbelahnya bulan sekaligus bukti 'kebenaran' ayat di atas. Gambar aslinya dapat dilihat pada situs Badan Antariksa Amerika (NASA). Di sana terlihat sebuah ngarai (semacam kanal kering) besar yang lurus membentang, dan mengesankan sebuah bekas patahan atau belahan yang tersambung kembali. Tetapi, jika kita bersedia membaca lebih jauh keterangan dari NASA mengenai gambar tersebut, orang akan berpikir ulang untuk menyatakan bahwa ngarai tersebut merupakan bekas terbelahnya bulan.Beberapa fakta tentang bentukan alam di bulan tersebut:
1. Ilmuwan menyebutnya sebagai RILLE. Meskipun ada banyak spekulasi tentang asal muasal kejadiannya, tetapi pendapat terkuat menyatakan bahwa ia merupakan bekas kanal atau saluran lava yang keluar dari perut bulan di masa lampau. Khusus yang berbentuk lurus, diduga merupakan patahan tanah yang turun di antara 2 sesar kerak bulan yang sejajar.
2. RILLE mempunyai berbagai macam bentuk. Lurus dan panjang seperti gambar di atas adalah salah satunya. Sisanya ada yang seperti aliran sungai sebagaimana di bumi. Mereka ditemukan di hampir semua titik di permukaan bulan.
3. RILLE tidaklah sepanjang yang diperkirakan. Meskipun ada yang mencapai ratusan kilometer, tetapi tidak ditemukan RILLE yang mengelilingi seluruh permukaan bulan. Kalau bulan pernah terbelah dua dan RILLE tersebut adalah bukti bekas belahannya, tentunya kita harapkan bahawa RILLE tersebut membentuk garis yang mengelilingi bulan.Jadi, tidak tepat menjadikan gambar di atas sebagai bukti bahwa bulan pernah terbelah.Bagi kita, yang mengimani Allah, ayat tersebut harus dipercayai. Allah Maha Kuasa untuk membelah bulan. Dan Ia pun kuasa untuk menyatukannya kembali, dengan atau tanpa bekas. Semuanya mudah bagi Allah.

Aurora Malafalkan Kata Allah



Gambar semacam ini (kolom sebelah kiri, di bawah), tentang ditemukannya lafal 'Allah' atau 'Muhammad' pada berbagai benda, binatang, atau kejadian adalah sebuah contoh dari fenomena psikologis yang disebut: PAREIDOLIA. Ia adalah: "Obsesi benak kita untuk menemukan pola (gambar bermakna tertentu) dalam sesuatu yang sebenarnya samar, acak atau bisa memiliki aneka makna (ambiguous), dari bentukan awan hingga guratan kayu".Jadi, bolehkan jika saya melihat 'gambar' lain pada foto aurora (cahaya kutub) di bawah ini???Gambar dan keterangan gambar yang beredarGambar dan keterangan gambar dari sayaBanyak kejadian alamiah seperti ini, yang kemudian 'dipaksakan' untuk dilihat sebagai lafal allah, muhammad, dan semacamnya. Lebih jauh lagi, gambar semacam itu kemudian diberi embel-embel 'mukjizat allah'. Banyak yang kemudian percaya bahwa allah sengaja menuliskan lafal-lafal tersebut kepada kita untuk menunjukkan keberadaan-Nya atau kekuasaan-Nya.Hal serupa juga dilakukan oleh sebagian pemeluk agama lain ketika, misalnya, ada sesuatu yang dilihat sebagai gambar yesus atau bunda maria.

Bukit Buddha



Gambar semacam ini (kolom sebelah kiri, di bawah) sudah sejak lama beredar di internet melalui berbagai mailing list tempat berdiskusi kaum muslimin. Dan gambar ini (beserta beberapa yang lain) dijadikan sebagai 'bukti' kebesaran Allah. Lagi apa hubungannya 'Sang Buddha' dengan kebesaran Allah atau kebenaran Islam???

Kemanapun Kamu Menghadap

Malam itu, cuaca di Jazirah Arab tidaklah begitu baik. Suhu dingin dan kabut tebal menyelimuti hamparan padang pasir. Di suatu tempat, pasukan Jabir, salah seorang sahabat Rasulullah SAW., sedang bermalam. Pandangan mereka hanyalah sejauh jangkauan sinar-sinar obor dan perapian yang mereka nyalakan. Cahaya bulan pun tak kuasa menembus tebalnya kabut malam itu. Apatah juga kerlap-kerlip gemintang. Tak ada satupun yang tampak.Ketika waktu solat tiba dan azan telah selesai dikumandangkan, terjadilah sedikit keributan di antara pasukan Jabir tersebut. ”Kemanakah arah kiblat yang benar?” Di jaman ketika orang bertumpu kepada benda-benda langit untuk menentukan arah mata angin, tentulah pertanyaan semacam itu adalah hal yang wajar. Mengapa tidak? Rasi bintang Biduk Besar yang biasa dipakai sebagai penunjuk arah utara, malam itu tak disaksikan sama sekali. Sementara, mereka pun tidak mengingat dengan pasti ke arah mana siang sebelumnya mereka menghadap. Maka sekelompok dari mereka membuat garis ke satu arah dan solat mengikuti garis tersebut sementara satu kelompok yang lain membuat garis ke arah lain dan solat mengikuti arah yang mereka yakini sebagai arah kiblat yang benar.Keesokan harinya, ketika matahari mulai muncul di ufuk timur, ternyata garis-garis patokan solat mereka ternyata tidak ada yang menunjuk ke arah kiblat. Maka dilaporkanlah kejadian tersebut kepada Rasulullah kerana para sahabat merasa ada yang janggal di hati ketika mereka tidak menepati perintah Allah untuk bersolat menghadap Baitullah.Dan sebagai jawapan atas kegundah hati para sahabat tersebut turunlah satu ayat dari surat Al Baqarah, ayat yang ke-115, yang artinya:

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Itulah sebuah kisah yang diriwayatkan sebagai salah satu penyebab atau latar belakang diturunkannya ayat tersebut di atas. Ada beberapa kisah lain yang pada intinya berkisar kepada permasalahan kemana kita menghadap ketika solat. Ketika kita tidak bisa menentukan dengan pasti mana arah kiblat, maka kita tidak perlu khawatir sholat kita tidak akan diterima oleh Allah SWT. Kerana, kemanapun kita menghadap, di situlah kita temukan wajah Allah.Di luar konteks tersebut di atas, tentunya ada nuansa lain yang bisa kita tangkap dari ayat tersebut. Dengan ayat tersebut seolah-olah Allah inign menegaskan bahwa sebenarnya tanda-tanda kekuasaan-Nya dapat kita temui di segala penjuru mata angin. Kemanapun kita arahkan pandangan, mata kita akan tertuju kepada hal-hal yang sebenarnya mengingatkan kita kepada Allah. Kepada apapun kita tujukan konsentrasi fikiran kita, maka sebenarnya kita akan menemukan tanda-tanda kekuasaan Allah.Insyaallah, blog ini akan mencuba menghadirkan, mengulas dan menyajikan berbagai hal yang menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah, subhanahu wata’ala.