Khamis, 17 Disember 2009

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH AYAT- AYAT AL QURAN ALKARIM

1) BISMILLAH (Dengan nama Allah) 

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan
syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam
hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan
kepada pembaca.

2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara
sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di
perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh
musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang
fardhu,nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan
syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur
nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi,
nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya
kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsia pa
berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan
mendatangkan para malaikat menurut bilangan
hurufnya,seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya
Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh,
dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada
malam itu,ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut
rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid
yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:Barangsi apa
membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya
1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi,
yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini
(Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah
ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala
penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah
ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para
penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,
sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut,
insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu
dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga
ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan
bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan
terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64
dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan
terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas
tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada
Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang
siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini,
nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian
manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari
kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.Barang siapa
membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas
Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam
kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan
dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman
jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan
manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa
membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali
selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan
diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat
64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan
dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari
surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan
terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28
dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan
sembuh..

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah
ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari
perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah
ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya
gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat,
dari gugurnya.

(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan
hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari
surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya
dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang
setempat dengannya.

(20) SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan
dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(21) SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat.

(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan
tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari
selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas
dan akalnya akan sempurna.

(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya
dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah
s.w.t .

(24) SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya
dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca
ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan
terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat
dari kecurian dan serangan musuh.

(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35
dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai..

(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air
yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,
nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak
7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit
oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan
hilang bisa-bisa itu.

(29) SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah
akan kekal kepadanya.

(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah
ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna
dan budi pekertinya akan halus.

(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.

(32) SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(33) SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit
perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini,
nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah
ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia
akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan
jasmani.

(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah
ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan
sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66
dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

(36) SURAH SABA' ( Saba ')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala
bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah
Akan memberkati perniagaannya.

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu
mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin."
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun
segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang
menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu
hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :"Aku
ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh
tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41
kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali
pada malam Jumaat,Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu
bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan
oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka
kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam,
andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati
syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari
siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika
ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta
naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat
dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar
didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah
setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan
terpelihara daripada gangguan jin.

(40) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati
Dipos oleh shamsham